KOTA BHARU – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih diperlukan untuk terus menerajui parti itu sekiranya mendapat sokongan dan keyakinan daripada ahli serta penyokong Pas, kata Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.
Beliau berkata, walaupun berlainan parti, beliau menghormati Abdul Hadi sebagai seorang tokoh politik berpengalaman yang juga sahabat baik kepada arwah bapanya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas.