KOTA BHARU – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan menghebahkan tuntutan saman terhadap pelakon dan pempengaruh terkenal, Rafidah Ibrahim secara umum melalui media.
Menurut Khalid, tindakan itu akan dilakukan sekiranya Rafidah mengelak daripada menerima surat tuntutan yang dihantar kepadanya.