SHAH ALAM – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menutup kilang miliknya selama lima hari untuk membawa 100 pekerjanya bercuti di Pulau Pinang.
Menurutnya, kesemua pekerja terbabit disediakan penginapan di hotel bertaraf lima bintang untuk berehat dan bercuti dengan gembira.