Seperti mana yang kita semua sudah sedia maklum selain melakukan aktiviti senaman dengan kerap, faktor pemakanan juga memainkan peranan sangat penting bagi mengekalkan tahap kesihatan seorang lelaki.
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah kesihatan dari segi kemampuan seksual yang baik. Mungkin anda sendiri sebenarnya sudah banyak mendengar tentang kehebatan dan kemujaraban sesetengan herba atau makanan yang bagus untuk kesihatan seksual seorang lelaki.