KOTA BHARU – Ketua Whip memainkan peranan untuk menyemak semua masalah yang dihadapi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, selain memastikan kehadiran Ahli Dewan, Ketua Whip perlu bertemu Speaker supaya ada tindakan susulan termasuk meminta maaf jika berlaku kesilapan sepanjang tempoh persidangan.