PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan akan terus komited menegakkan prinsip kebebasan kehakiman.
Beliau mengimbau semula bahawa 15 tahun lepas sebelum penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Anwar yang ketika itu ketua pembangkang telah membangkitkan kebimbangannya mengenai ketidaktelusan dan kemungkinan campur tangan badan eksekutif dalam pelantikan hakim.