SEPANG – Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar yang dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air, pada Selasa.
Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada jam 4.56 petang melalui pesawat AirAsia AK0076 setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka, Bangladesh pagi Selasa.