KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi sedang melakukan rombakan menyeluruh terhadap sistem dan proses pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelan Jendela yang sedang dirombak mesti lebih tepat dan jitu serta tidak hanya bergantung kepada penilaian desktop semata-mata.