Berkulit cerah dan putih gebu sememangnya impian wanita. Tak hairanlah ramai yang sanggup berhabis duit membeli produk krim pencerah kulit yang menjanjikan kesan sekelip mata. Bila diperiksa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), krim rupanya beracun dan ada merkuri!
NPRA KKM hari ini mengumumkan dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual. Airee Beautycare Night Cream dikesan mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 pula mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin.