< Kembali

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Berita
Sinar Harian
11 Hari

KOTA KINABALU – Seramai 60 individu termasuk tiga nama didedahkan di media sosial, iaitu Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di sebuah sekolah agama di Papar, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kini telah berada di peringkat akhir yang mana kira-kira 60 saksi telah dirakam percakapan dan beberapa keterangan lain juga turut diambil.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan