SHAH ALAM – Tiada keperluan mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dalam kes membabitkan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, proses siasatan tidak semestinya bergantung kepada RCI seolah-olah rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).