SHAH ALAM – Permohonan yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Persekutuan berhubung kes sivil berkaitan Yusoff Rawther adalah proses sah di sisi undang-undang bagi mendapatkan tafsiran terhadap persoalan perundangan yang kompleks dan signifikan.
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia khususnya melibatkan kedudukan seorang Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi ketika berdepan tindakan sivil atas dakwaan yang berlaku sebelum pelantikan.