KUALA LUMPUR – Polis sedang melaksanakan proses menemu bual 402 kanak-kanak yang diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dipercayai milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB Holding) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses itu berkemungkinan mengambil masa kira-kira 14 hari untuk diselesaikan.