JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan muzik ‘skinhead’ yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul vokalis sebuah kumpulan muzik akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.