KUALA LUMPUR – Empat pelajar lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di Kajang, dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tempoh reman terhadap kesemua pelajar berusia 13 tahun itu tamat pada Sabtu dan disambung hingga esok, namun mereka dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi dan siasatan.