Kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut menjadi tumpuan selepas seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) dilaporkan terjatuh dari bangunan kolej kediaman universiti berkenaan. Menurut polis, insiden itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Pantai (IPD Brickfields) pada jam 5.00 petang semalam. Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang.
