SEBAIK sahaja Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful bersalah, berita tersebut dengan cepat menjadi tular di media sosial.
Ia menjadi topik paling hangat yang dibincangkan pada Jumaat lalu. Pelbagai respons dan kupasan dibuat warga maya terhadap kes ini.