TENOM – Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, mengenai gangguan seksual pendakwah itu pada April 2021 namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata, beliau kemudian nekad membuat laporan polis pada Ogos tahun sama dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit Lew tersebar sekitar Julai.