BANGKOK – Kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 pada minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.
Jabatan itu memaklumkan bahawa kes yang dicatatkan antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.