GOMBAK – Kertas siasatan berkaitan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu berhubung kes hantaran mesej berbaur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.