PASIR MAS – Selepas lebih sedekad tragedi, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman terus mendesak siasatan dibuka semula sehingga individu yang bertanggungjawab terhadap kematian tragis pelajar tahfiz itu dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Ibunya, Ruhani Hussin, 70, meluahkan rasa kecewa apabila siasatan pihak berkuasa terhadap kematian anaknya pada 12 Disember 2013 di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas, di sini, masih belum membawa kepada penangkapan suspek atau penemuan motif pembunuhan.