IPOH – Anggota polis yang direman bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, baharu lima tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.