PETALING JAYA – Polis masih belum menerima laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh pada bulan lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis masih menunggu pihak hospital untuk mengeluarkan laporan lengkap analisis bedah siasat terbabit.