KLANG – Mayat seorang lelaki yang ditemui di kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, Khamis lalu dipercayai dicekik sehingga maut.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, punca kematian mangsa diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan.