ALOR GAJAH – Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dipercayai mangsa yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu berhubung dengan suspek berusia 37 tahun itu atas dasar urusan berkaitan pelaburan Forex.