Kes buli Zara Qairina, wajah pelajar didakwa terlibat tular di media sosial walau tiada kesahihan. Kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13 yang dikatakan terjatuh dari asrama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu bukan saja menarik perhatian ramai namun gelombangnya sampai ke peringkat antarabangsa apabila akhbar South China Morning Post berpengkalan di Hong Kong turut menyiarkan kisah tragedi menimpa arwah.
Terkini, wajah pelajar yang didakwa terkait dengan kematian arwah didedahkan di media sosial walau tiada bukti kesahihahnya dan ia dikongsikan orang ramai tanpa sedar perbuatan ini jelas menyalahi etika perundangan.