KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan sebarang isu melibatkan disiplin.