PUTRAJAYA – Pihak pembelaan Siti Bainun Abd Razali telah memohon untuk memanggil ibu Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh wanita tersebut membabitkan saksi pendakwaan dalam kes Pengasas Rumah Bonda itu.
Peguam Haijan Omar memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Dr Choo Kah Sing bahawa pihak pembelaan telah memfailkan notis usul pada 7 Mei lepas untuk mengemukakan keterangan baharu atau tambahan dalam rayuan akhir Siti Bainun, 33.