KULIM – Pemeriksaan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke rumah jiran kanak-kanak yang maut selepas termakan keropok dikesan mengandungi racun menemukan peket kecil disyaki bungkusan racun tikus di tempat longgokan sampah.
Lokasi kejadian turut dikunjungi sepasukan anggota polis yang dipercayai melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.