Selepas karier penyampai radio atau DJ melonjakkan nama Linda, selebriti ini pernah mengasah potensi diri dengan mencuba bakat sebagai pengacara dan pelakon. Tidak cukup dengan kerjaya dalam bidang seni, Linda Onn mengorak langkah lebih berani dengan menceburi dunia perniagaan pula.
Mula mengusahakan restoran My Mom’s Chicken Rice, Linda menambah portfolio kerjayanya hari ini sebagai pengusaha minyak wangi. Hebat!