KUALA LUMPUR – Kerjasama antara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) merupakan peluang berharga untuk memperkukuh hubungan antara Asia Tenggara dan Timur Tengah dalam usaha bersama ke arah keamanan, kemakmuran dan kemajuan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Enrique A Manalo.
Dalam ucapan pembukaannya pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-GCC, Enrique menekankan potensi strategik kedua-dua blok serantau itu, dengan menyatakan bahawa ASEAN mempunyai gabungan populasi melebihi 700 juta dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi global menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kolektifnya.