REMBAU – Istiadat pertabalan atau ‘Kerjan’ Undang Luak Rembau yang baharu, Datuk Sedia Raja Abd Rahim Yassin berlangsung penuh istiadat di kediamannya di Taman Rembau Utama di sini pada Sabtu.
Majlis bermula 9 pagi itu turut dihadiri isterinya, Toh Puan Shaadah Md Shariff, wakil rakyat, Datuk-Datuk Lembaga, Orang Besar Undang serta lain-lain.