SUNGAI PETANI – Gara-gara mengelak seekor anjing melintas, seorang pekerja syarikat penghantar barangan terbabas menyebabkan kereta dipandu terbalik sebelum melanggar paip air sehingga mengakibatkan kebocoran.
Kejadian pada jam kira-kira 6.30 petang Rabu itu berlaku di Persiaran Amanjaya 5 di Ambangan Heights di sini apabila mangsa, Muhammad Hakim Suhaimi, 19, menyedari seekor anjing melintas di laluan sama.