MELAKA – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol 50 peratus selama dua hari di lebuh raya terpilih sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban rakyat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian diskaun 50 peratus daripada kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir tengah malam 29 Mac 2025 (Sabtu).