PUTRAJAYA – Kerajaan sedang merangka pelbagai inisiatif dan agenda khusus untuk memajukan Wilayah Persekutuan pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, dengan menginjak usia 51 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan, setiap agensi telah diminta menetapkan sasaran dan fokus untuk mengembangkan potensi tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.