GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menanggung kerugian sebanyak RM17.7 juta apabila 7,854 penyewa rumah Skim Perumahan Awam Kos Rendah Pulau Pinang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini tidak membayar sewa sejak berpuluh tahun lalu.
Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan aliran kewangan kerajaan negeri terjejas malah merugikan golongan yang benar-benar layak menikmati kemudahan perumahan ini.