MELAKA – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM16.45 billion bagi membangunkan sebuah kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kontrak pembangunan kilang berkenaan diberikan kepada pengendali helikopter terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara Weststar Group yang akan dibangunkan dalam masa tiga tahun di tanah seluas 6.88 hektar.