SHAH ALAM – Pakar ekonomi menyarankan kerajaan supaya melaksanakan pengurangan subsidi petrol RON95 secara berperingkat dan bukannya drastik.
Pro Naib Canselor Universiti Kolej Icats Kuching, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pengurangan subsidi RON95 secara drastik bukan sahaja membebankan rakyat malah memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara.