SHAH ALAM – Kerajaan disaran menggubal undang-undang baharu yang lebih khusus bagi menangani kesalahan berkaitan 3R, iaitu kaum, agama dan institusi diraja, bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan lebih komprehensif.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, negara masih bergantung kepada undang-undang sedia ada yang telah lama dikuatkuasakan, namun tiada peruntukan khusus berkaitan kes 3R.