SHAH ALAM – Kerajaan disaran menubuhkan satu talian khas yang dikendalikan oleh badan bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mengendalikan aduan salah laku pegawai penguat kuasa.
Timbalan Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN), Muhammad Mukmin Nusril berkata, langkah itu penting bagi memastikan kes berkaitan jenayah sensitif seperti rogol disiasat secara telus dan tidak dimanipulasi.