KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.