PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman atas empat pertuduhan membabitkan kesalahan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) pada 25 Jun depan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan demikian ketika dihubungi media selepas pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian.