KUALA LUMPUR – Keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan diketahui esok.
Keputusan dijangka diumumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin pada jam 9 pagi.