KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 14 Januari tahun depan untuk keputusan permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman difailkan Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat.
Hakim Roz Mawar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Alan Adrian Gomez mewakili Thomas serta peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir.