PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara, mengikut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.