KUALA LUMPUR – Keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi semua 220 Cabang di seluruh negara yang selesai baru-baru ini telah disahkan dan dimuktamadkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), menurut Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata, MPP yang bermesyuarat semalam berpuas hati dengan pembentangan Jawatankuasa Pemilihan Parti dan juruaudit digital antarabangsa mengenai keputusan peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita, dan Angkatan Muda Keadilan di kesemua Cabang.