KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa segala tindakan Malaysia tatkala mempengerusikan ASEAN pada tahun depan akan diputuskan secara konsensus.
Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, beliau berkata, Malaysia yang mengambil alih kepemimpinan ASEAN memilih tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ bagi mencerminkan aspirasi kemajuan bersama tanpa ada pihak yang tercicir.