SHAH ALAM – “Kenapa buat laporan polis? Tiada apa-apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai satu kesalahan,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.
Beliau mempersoal tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membuat laporan polis terhadap KJ atas dakwaan dirinya berkomplot menyembunyikan Titah Adendum.