Hari ini Kensington Palace telah memuat naik tiga gambar potret suri hati Putera William, Kate Middleton sempena ulang tahunnya yang ke-40. Jurugambar profesional, Paolo Reversi telah dipertanggungjawabkan untuk merakam gambar tersebut yang mana ketiga-tiga gambar itu akan dipamerkan sebagai satu koleksi di Galeri Potret Kebangsaan.
Galeri Potret Kebangsaan merupakan salah satu badan yang dinaungi oleh Duchess of Cambridge sebaik sahaja dia menjadi salah seorang kerabat Diraja. Dalam potret itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini dilihat memadankan busana yang digayakan dengan cincin pertunangannya yang merupakan warisan dari mendiang Puteri Diana dan anting-anting milik Ratu Elizabeth II.