SEPANG – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.
Timbalan Yang Dipertuanya, Muhamad Shah Osmin berkata, kenaikan itu susulan nilaian baharu cukai taksiran yang diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.